4 jemaah dibenar solat di masjid, surau dan musala di Kelantan

Hanya empat jemaah dibenarkan menunaikan solat di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala di Kelantan berkuat kuasa pada 1 Jun. (Gambar kecil: Tengku Mohamad Rizam)
Hanya empat jemaah dibenarkan menunaikan solat di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala di Kelantan berkuat kuasa pada 1 Jun. (Gambar kecil: Tengku Mohamad Rizam)
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan empat jemaah untuk menunaikan solat di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Tengku Mohamad Rizam berkata, peraturan berkuat kuasa 1 Jun sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam dalam melaksanakan ketetapan ini," katanya.

Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, semua pihak perlu istiqamah dalam mematuhi peraturan tersebut.

"Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan pelaksanaan perintah itu,” katanya.

Artikel Berkaitan: