Kaut untung jual barang tiruan

KPDNHEP WPKL menyerbu tiga buah premis di ibu negara dan merampas pelbagai barangan disyaki tiruan.
KPDNHEP WPKL menyerbu tiga buah premis di ibu negara dan merampas pelbagai barangan disyaki tiruan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mencari untung mudah dengan membawa masuk pelbagai barangan disyaki tiruan dari negara luar sebelum dipasarkan untuk pasaran Lembah Klang.

Itu kegiatan yang dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam serbuan membabitkan tiga premis di sebuah pusat beli-belah, Jalan Gelugor, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Low Swee Hon berkata, serbuan kira-kira jam 12.15 tengah hari itu dijalankan hasil maklumat dan risikan selama sebulan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tiga buah premis kedai ini telah merampas 2,156 unit melibatkan seluar, baju, jaket, jam tangan, beg dan topi.

No Image Caption

"Antara barangan yang menggunakan jenama disyaki tiruan ini adalah Gucci, Casio, Tommy Hilfilger, Puma, Danial Wellington, Michael Kors dan Burberry.

"Kesemuanya dianggarkan bernilai RM29,051," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Swee Hon, pihaknya telah merekod keterangan pekerja premis terbabit termasuk tiga orang pemilik membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau mendedahkan, premis yang dipercayai telah beroperasi sejak lebih setahun lalu ini menjual barangan ini secara runcit dan borong untuk mendapatkan untung berlipat ganda.

"Kesemua barang yang disita telah disimpan di stor eksibit KPDNHEP dan pengecaman juga telah dibuat oleh wakil cap dagang," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.