Pas Pusat lancar Tabung Bencana Covid-19

Kenyataan media Pas Pusat berhubung penubuhan Tabung Bencana Covid-19
Kenyataan media Pas Pusat berhubung penubuhan Tabung Bencana Covid-19
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Pusat menubuhkan Tabung Bencana Covid-19 bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk petugas barisan hadapan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Badan Perhubungan Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan akan bertindak secara sistematik bagi menguruskan kutipan dana tabung tersebut.

“Ini meliputi semua kawasan, cawangan, dewan, ahli Pas dan orang awam.

“Kutipan dana ini boleh disalurkan ke akaun Parti Islam Semalaysia (Khidmat Malaysia) di akaun Maybank: 564294310529 dengan meletakkan rujukan Tabung Covid Pas Pusat.

“Pengesahan maklumat sumbangan boleh dihantar melalui WhatsApp di talian hotline Khidmat Malaysia di 011-15406625,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Majlis Pelancaran Tabung Bencana Covid-19 Pas Pusat akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara maya pada jam 9.15 malam, esok (Selasa).

Kata beliau, Pas menyeru semua pihak samada individu, perbadanan awam dan syarikat swasta untuk tampil memberikan sumbangan yang akan digunakan bagi membantu pihak memerlukan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: