LGMPC nafi berlaku penyelewengan pelantikan CEO

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Lembaga Getah Malaysia (LGMPC) menggesa pihak bertanggungjawab di dua portal berbahasa Melayu menurunkan artikel yang didakwa berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, LGMPC dan ketua pegawai eksekutif LGMPC dalam tempoh 48 jam.

LGMPC dalam satu kenyataan pada Isnin turut menafikan kenyataan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pelantikan ketua pegawai eksekutif seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“LGMPC merupakan Perbadanan yang tertakluk di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 iaitu semua aktiviti, pengurusan dan transaksi melibatkan perbadanan itu berpandukan kepada pematuhan Undang-Undang Malaysia.

“Justeru, tidak sewajarnya timbul isu berkaitan dakwaan salah urus tadbir, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa seperti yang dibangkitkan melalui pernyataan fitnah tersebut,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Pada Ahad, tular di media sosial yang mempersoalkan beberapa pihak membabitkan LGM Properties Corporation Sdn Bhd yang mendapat perhatian ekoran berita palsu berkenaan tanah yang dijual pada harga rendah daripada pasaran.

Melalui kenyataan sama, perbadanan berkenaan memberitahu, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC Ir Ariffahmi Ab Rahman mengikut Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia LGMPC 2001 dan mula bertugas bermula pada 25 Januari 2021.

“Kenyataan ini secara tidak langsung menyangkal pernyataan fitnah dalam artikel tersebut yang telah memetik peristiwa dalam rangka masa sebelum beliau memulakan perkhidmatan di LGMPC.

“Selama empat bulan perkhidmatannya, beliau berjaya merencana, menyusun semula dan melaksanakan strategi perniagaan baharu demi meningkatkan pendapatan LGMPC,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: