India catat kes baharu Covid-19 terendah dalam tempoh dua bulan

Sebanyak 152,734 kes baharu Covid-19 direkodkan di India. - Foto Getty Images
Sebanyak 152,734 kes baharu Covid-19 direkodkan di India. - Foto Getty Images
A
A
A

NEW DELHI - India mencatatkan 152,734 kes baharu Covid-19, jumlah kes harian terendah dalam tempoh 50 hari lalu, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga negara itu pada Isnin, lapor Sputnik.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan melebihi 27.9 juta orang dengan lebih 25.5 juta telah sembuh dan lebih 2 juta lagi masih bertarung nyawa.

Menurut data terkini itu, jumlah kematian meningkat kepada 329,100 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: