Kluster baharu di Kelantan berpunca ziarah raya, solat jemaah

Foto - 123RF. Gambar kecil: Dr Izani Husin
Foto - 123RF. Gambar kecil: Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan merekodkan sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 yang dicetuskan menerusi aktiviti ziarah raya, solat jemaah di surau, keraian dan pelbagai pergerakan menyebabkan jangkitan pandemik itu naik secara mendadak.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pertambahan jangkitan itu berpunca daripada kegagalan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Terbaharu kita mengesan ada segelintir penduduk menunaikan solat jemaah di surau dekat Kampung Chetok, Pasir Mas sehingga menyebabkan seramai 37 orang dijangkiti Covid-19," katanya ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin.

Dr Izani berkata, sebelum ini kerajaan sudah berulang kali memberi peringatan kepada rakyat supaya mematuhi SOP ditetapkan supaya peningkatan kes Covid-19 berlaku.

Bagaimanapun, katanya, jangkaan kerajaan bahawa kes Covid-19 akan naik secara mendadak selepas Aidilfitri berikutan kegagalan orang ramai mematuhi SOP adalah tepat.

Artikel Berkaitan: