Tarikh pendengaran kes sivil ditetapkan menerusi SMS

Tarikh pendengaran bagi kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan akan ditetapkan menerusi sistem notifikasi berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS Alert) berkuat kuasa esok.
Tarikh pendengaran bagi kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan akan ditetapkan menerusi sistem notifikasi berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS Alert) berkuat kuasa esok.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tarikh pendengaran bagi kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan akan ditetapkan menerusi sistem notifikasi berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS Alert) berkuat kuasa esok.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan pada Isnin menyatakan, inisiatif teknologi itu diwujudkan dalam misi Badan Kehakiman Malaysia, untuk memperkasa sistem pentadbiran kehakiman yang berkualiti dan cekap.

Kenyataan itu memaklumkan, pemfail dokumen perlu mengemas kini profil di dalam Sistem e-Filing (EFS) dengan memasukkan nombor telefon bimbit, sebelum meneruskan pemfailan.

“Notifikasi SMS akan dihantar melalui nombor telefon tersebut sebaik tarikh pendengaran kes yang seterusnya ditetapkan, sama ada bagi prosiding utama (rayuan/usul) atau permohonan interlokutori.

“Bagaimanapun, notifikasi tersebut adalah bagi tarikh pendengaran sahaja, dan tidak termasuk pengurusan kes (case management),” menurut kenyataan itu.

PKPMP dalam kenyataan itu menyatakan, pengguna EFS disaran untuk merujuk kepada ‘Manual Pengguna SMS Alert Tarikh Pendengaran Seterusnya FC/COA’, yang disediakan dalam ruangan Menu EFS untuk tatacara dan butiran lanjut.

“Sistem notifikasi SMS (SMS Alert) bagi tarikh pendengaran kes ini akan diperluaskan ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Diharapkan inisiatif teknologi ini akan dapat memudahkan pemegang taruh dalam urusan pendengaran kes di mahkamah, sekali gus memperkasakan penyampaian keadilan,” kata kenyataan itu lagi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, pengguna boleh layari laman web rasmi https://efs.kehakiman.gov.my/EFSWeb. - Bernama

Artikel Berkaitan: