Lebih 16.3 juta warga Indonesia terima dos pertama vaksin

Lebih 16.3 juta warga Indonesia menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala lebih 10.5 juta telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing dengan menerima dos kedua.
Lebih 16.3 juta warga Indonesia menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala lebih 10.5 juta telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing dengan menerima dos kedua.
A
A
A

JAKARTA - Lebih 16.3 juta warga Indonesia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala lebih 10.5 juta orang telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing dengan menerima dos kedua.

Indonesia memulakan program vaksinasi sejak 13 Januari lalu menggunakan vaksin jenis Sinovac dan AstraZeneca.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat Ahad Indonesia merekodkan sebanyak 1,816,041 kes positif Covid-19 keseluruhan,

Daripada jumlah itu, 1,663,998 individu dinyatakan sembuh manakala jumlah keseluruhan yang meninggal dunia kini sebanyak 50,404 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: