X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Empat kategori dipertandingkan dalam Liga Usahawan Selangor

Rodziah ketika sidang media Majlis Pelancaran Liga Keusahawanan Selangor 2021 secara dalam talian pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Empat kategori dipertandingkan dalam Liga Usahawan Selangor dalam usaha kerajaan negeri untuk terus melahirkan golongan usahawan di pelbagai sektor yang berdaya saing serta bertaraf global.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, seramai 350 usahawan di negeri ini akan menyertai program kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Komuniti Belia Selangor (SAY) itu.

Rodziah berkata, bagi kategori pertama iaitu Program Tunas Niaga (PROTUNe) melibatkan usahawan di peringkat sekolah menengah, kategori kedua Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW) membabitkan penyertaan graduan universiti yang menjalankan perniagaan sebagai kerja tetap.

“Kategori ketiga ialah SAY ASPIRE, penyertaan usahawan belia Selangor yang “export-ready’ dan kategori terakhir, SAY LEAD, usahawan orang kurang upaya (OKU) yang terpilih dari pelbagai sektor di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Liga Usahawan Selangor secara maya pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNS, Siti Zubaidah Abd Jabar dan CEO SAY, Nurul Azwa Rodzi.

Rodziah berkata, edisi sulung Liga Usahawan Selangor itu bermula secara berperingkat mulai April sehingga Disember depan yang dibuka kepada semua usahawan di bawah bimbingan PKNS dan SAY sahaja bagi merebut piala serta sijil penghargaan.

Beliau berkata, setiap usahawan akan dinilai melalui tiga kriteria utama iaitu pasaran perniagaan, jumlah pendapatan dan pembentangan perniagaan di peringkat akhir “pitch in session” sebelum dinobatkan sebagai juara edisi pertama Liga Usahawan Selangor.

Dalam pada itu, Rodziah berkata, kira-kira RM1 billion telah dibelanjakan kerajaan Selangor dalam tempoh 10 tahun bagi pembangunan keusahawanan di negeri ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!