X

Kindly register in order to view this article
!

'Bawa vaksin kepada rakyat, bukan wujud pusat vaksin mega'

Rafidah Aziz
A
A

SHAH ALAM - Pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) mega boleh menyebabkan kesesakan dan bertentangan dengan matlamat pemberian vaksin untuk semua lapisan masyarakat.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegur cadangan berkenaan kerana PPV sepatutnya dilaksanakan di peringkat daerah pada skala yang sesuai.

Beliau berkata, ia boleh dilaksanakan di dewan orang ramai dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih teratur untuk individu yang tinggal di daerah tersebut sahaja dan membolehkan rekod serta pengesanan disimpan secara lebih cekap dan berkesan.

“Kita tidak perlu sediakan pangkalan data (IT) bernilai RM70 juta untuk pendekatan yang munasabah ini.

“Janji temu akan lebih bermakna dan rakyat tidak perlu rentas sempadan untuk pergi ke PPV mega,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, data penduduk di setiap daerah boleh dikumpul untuk semakan Pejabat Kesihatan Daerah kemudian ke Pejabat Kesihatan Negeri untuk dianalisis dan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengulas lanjut, Rafidah mempersoalkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang seharusnya terlibat dalam Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), di mana infrastruktur penjagaan kesihatan awam diperlukan untuk kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Malaysia tidak boleh lagi membuang masa dan wang dengan melakukan skala mega ini. Kerajaan perlu bersikap realistik serta cekap kerana setiap saat adalah penting,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima lagi PPV mega dibuka di Lembah Klang: Khairy


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!