JAIS tangguh perkhidmatan sepanjang tempoh ‘total lockdown’

Pengumuman berkenaan dibuat JAIS di Facebook pada Isnin.
Pengumuman berkenaan dibuat JAIS di Facebook pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan semua perkhidmatan termasuk majlis akad nikah ditangguhkan sepanjang tempoh ‘total lockdown’ bermula Selasa hingga 14 Jun.

JAIS menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin turut menyeru orang ramai untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman sesawang rasminya di www.jais.gov.my atau platform media sosial pihak berkenaan atau emel ke info@jais.gov.my bagi sebarang pertanyaan.

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut satu kenyataan, sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh MKN.

Artikel Berkaitan: