Wujudkan peraturan bendung penyalahgunaan vape

KUALA LUMPUR – Larangan penggunaan dan penjualan produk vape bukanlah satu penyelesaian yang effektif bagi membendung penyalahgunaan vape di kalanganremaja bawah umur.
Pertubuhan bukan kerajaan, Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) berkata demikian bagi membidas sesetengah pihak yang menggesa kerajaan melarang penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape sepenuhnya di negara ini.
Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, isu ini akan dapat dibendung sekiranya peraturan penggunaan vape dapat diperkenalkan di negara ini.
Katanya, isu utama pada masa ini adalah ketiadaan peraturan atau undang-undang khusus untuk mengawal industri vape supaya produk ini tidak jatuh ke dalam tangan mereka yang di bawah umur.