Hina Agong: Sarawanan buat laporan polis terhadap Iswardy

P Sarawanan membuat laporan polis terhadap Iswardy di Balai Polis Bandar 32 Bera pada Ahad.
P Sarawanan membuat laporan polis terhadap Iswardy di Balai Polis Bandar 32 Bera pada Ahad.
A
A
A

BERA - Timbalan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Bera, P Sarawanan tampil membuat laporan polis terhadap pemimpin politik iaitu Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau membuat laporan polis terhadap Iswardy di Balai Polis Bandar 32 Bera kira-kira jam 4.11 petang pada Ahad.

Menurutnya, tindakan dan kenyataan individu itu di dalam satu siaran video secara langsung di laman sosial YouTube disifatkan biadab dan menghina Seri Paduka Baginda.

"Kenyataan individu tersebut seolah-olah Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil berat isu rakyat menghadapi Covid-19 dan juga menggores hati Al-Sultan Abdullah serta rakyat Malaysia.

"Justeru itu, saya meminta pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit," katanya lagi.

Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di YouTube rasmi miliknya pada Jumaat lalu dan ditahan di Kajang pada Sabtu.

Dalam video itu, Iswardy mengeluarkan ayat, "Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8,000. Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi, kalau dijemput masuk nak juga."

Artikel Berkaitan: