Covid-19: 6,824 kes positif Covid-19 hari ini

Kes harian Covid-19 merekodkan penurunan dengan 6,824 kes jangkitan dilaporkan pada Isnin.
Kes harian Covid-19 merekodkan penurunan dengan 6,824 kes jangkitan dilaporkan pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR [DIKEMASKINI] - Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Isnin terus menurun kepada 6,824 menjadikan jumlah kumulatif 572,357 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Ahad, kes baharu pandemik itu di Malaysia mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 pada Sabtu, pengurangan sebanyak 2,021 kes.

Menerusi catatan di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, Selangor masih menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 2,111 diikuti Kelantan (695); Sarawak (654); Johor (489); Kedah (464); Kuala Lumpur (387) dan Melaka (352).

Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 328 kes, Perak (255); Negeri Sembilan (253); Pahang (219); Sabah (207); Terengganu (204); Labuan (166); Putrajaya (28) dan Perlis (12).

ementara itu, dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat 67 kematian hari ini melibatkan 15 kes di Selangor, Johor (12), Sarawak (lapan), Kedah (enam), masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan; Pahang (empat) serta masing-masing tiga di Pulau Pinang, Labuan dan Melaka; Sabah (dua) dan satu kes di Kuala Lumpur.

Jumlah individu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini sebanyak 851 kes dengan 422 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

Beliau berkata, terdapat 25 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 14 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi, menjadikan jumlah kluster aktif kini 655 kluster.

Dr Noor Hisham berkata, kluster tempat kerja itu melibatkan Kluster Jalan Alam Jaya, Selangor; Kluster Jalan Perusahaan Dua Lima, Selangor; Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri, Sarawak; Kluster Jalan Sierra Perdana Empat, Johor; Kluster Dah PKNK 3/8, Kedah dan Kluster Perindustrian Trisegi, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Kluster tempat kerja juga melibatkan Kluster Jalan Mahsuri Kluang, Johor; Kluster Tapak Bina Klebang, Melaka; Kluster Lintang Bayan Lepas Enam, Pulau Pinang; Kluster Industri Bukit Minyak Tujuh, Pulau Pinang; Kluster Industri Indera Mahkota 14, Pahang; Kluster Muara Tabuan, Sarawak; Kluster Industri Jalan Karak, Pahang dan Kluster Jalan Sudirman, Pahang.

Sembilan kluster komuniti pula melibatkan Kluster Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur; Kluster Langgar Hilir, Terengganu; Kluster Kampung Gelong Badak, Kelantan; Kluster Tok Jawa, Kelantan; Kluster Jalan Jambusan -Sunchar, Sarawak; Kluster Dah Bagan, Kedah; Kluster Kampung Sungai Kerang, Perak; Kluster Milenium, Sabah dan Kluster Kampung Laneh, Perak.

Bagi kluster pendidikan ia melibatkan Kluster Dah Batu Dua, Kedah manakala kluster kumpulan berisiko tinggi ialah Kluster Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur. - Bernama