X

Kindly register in order to view this article
!

MCA gesa Pulau Pinang tarik balik cadangan semakan tarif air

Laporan Sinar Harian pada 24 Mei lalu.
A
A

GEORGETOWN - MCA Pulau Pinang pada Isnin menggesa kerajaan negeri agar menarik balik cadangan semakan semula tarif air yang diusulkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang, Yeoh Chin Kay berkata, cadangan PBAPP itu boleh menambahkan lagi beban penduduk negeri tersebut, khususnya pada ketika penularan pandemik Covid-19 sekarang.

“Selepas meneliti cadangan tarif air itu, kami anggar tarif air purata isi rumah akan meningkat lebih 100 peratus (jika dilaksanakan),” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Berdasarkan cadangan tarif air itu, bagi penggunaan 20 meter padu pertama, pengguna akan dikenakan kadar RM0.55 bagi satu meter padu, dan 15 meter padu susulan akan dicaj RM1.00 setiap meter padu.

Penggunaan selepas 35 meter padu akan dikenakan RM2 untuk setiap meter padu. Satu meter padu bersamaan 1,000 liter air.

Chin Kay berkata, berdasarkan perkiraan mereka, bil air bagi pengguna domestik akan meningkat sebanyak RM3 hingga RM15 sebulan, bergantung pada jumlah penggunaan isi rumah

“Contohnya, jika bil air bulanan bagi penggunaan 25 meter padu ialah RM6.70 namun dengan tarif baharu ini, mereka perlu membayar RM16.50 bagi jumlah yang sama,” katanya.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa dilaporkan berkata, SPAN sedang menjalankan perundingan awam berhubung cadangan semakan semula tarikh air itu, bermula 24 Mei hingga 6 Jun.

Orang ramai boleh melihat dokumen berkaitan pada laman web SPAN di https://apps.span.gov.my/rundingan_awam/pen804. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mohon semakan tarif air


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!