Tujuh unit kedai dua tingkat hangus dalam kebakaran

Kebakaran yang berlaku libatkan tujuh unit kedai dua tingat di Jalan Dato Mohd Ali, Kampung Tanjong Endau, Mersing pada awal pagi Isnin.
Kebakaran yang berlaku libatkan tujuh unit kedai dua tingat di Jalan Dato Mohd Ali, Kampung Tanjong Endau, Mersing pada awal pagi Isnin.
A
A
A

MERSING - Tujuh unit kedai dua tingkat di Jalan Dato Mohd Ali, Kampung Tanjong Endau, di sini terbakar dalam kejadian pada awal pagi Isnin.

Komander operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.49 pagi.

Beliau berkata, tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mersing, Rompin serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Endau bersama 51 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Premis yang musnah termasuk tiga unit kedai peralatan, sebuah unit kedai gunting rambut, sebuah kedai kasut, sebuah kopitiam dan sebuah kedai peralatan Muslim.

"Selain itu, sebuah surau turut terbakar 60 peratus dalam kejadian itu.

"Operasi memadam kebakaran berjaya menyelamatkan dua buah rumah kedai dan sebuah pasar lama yang terletak di belakang bangunan rumah kedai yang terbakar itu daripada hangus," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mohd Alias berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat pada jam 12.30 tengah hari," katanya.