Ladang ternakan curi air diserbu

Air yang digunakan tanpa kebenaran dipercayai untuk keperluan ternakan.
Air yang digunakan tanpa kebenaran dipercayai untuk keperluan ternakan.
A
A
A

SEREMBAN - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menyerbu sebuah ladang ternakan di Rantau di sini, selepas disyaki mencuri air.

Serbuan pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 11 pagi sehingga 3 petang, selepas pihak terbabit menerima laporan mengenai aktiviti berkenaan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, siasatan mendapati pemilik ladang itu melakukan penyambungan haram tanpa melalui meter menggunakan paip mudah lentur bersaiz 16 milimeter.

"Air yang diperoleh dari penyambungan tersebut dipercayai digunakan untuk keperluan ternakan serta urusan harian pejabat di kawasan ladang itu.

“Ujian klorin di lokasi yang dilakukan penguat kuasa mendapati terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS,” katanya.

Sebagai tindakan, SPAN telah menyita semua pepasangan dan punca sambungan serta mengeluarkan notis kepada pemilik premis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains di talian 1-800-88-6982.

Artikel Berkaitan: