Langgar SOP di pusat snuker: 17 individu dikompaun RM5,000 seorang

Individu yang dikompaun kerana melanggar SOP di sebuah pusat snuker di Damansara Jaya, Petaling Jaya pada Ahad.
Individu yang dikompaun kerana melanggar SOP di sebuah pusat snuker di Damansara Jaya, Petaling Jaya pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 17 individu yang berada di sebuah pusat snuker di Damansara Jaya di sini dikompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan pada jam 4 petang kerana beroperasi ketika PKP.

"Kesemua individu itu dikompaun mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga asing berusia 25 dan 27 yang mengaku sebagai penjaga premis berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit dan boleh membahayakan nyawa.

"Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan: