X

Kindly register in order to view this article
!

PKP 3.0 tidak beri kesan buruk seperti PKP 1.0

Kesan PKP 3.0 tidak memberi kesan buruk seperti PKP 1.0 kerana banyak sektor penting ekonomi tetap beroperasi walaupun tidak berada pada kapasiti penuh dengan agen ekonomi telah menyesuaikan diri dengan persekitaran pandemik Covid-19. Gambar hiasan 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak memberi kesan buruk seperti PKP 1.0 kerana banyak sektor penting ekonomi tetap beroperasi walaupun tidak berada pada kapasiti penuh dengan agen ekonomi telah menyesuaikan diri dengan persekitaran pandemik Covid-19.

Selain itu, dasar fiskal dan monetari yang agak longgar dibandingkan tahun 2020, dasar kegiatan ekonomi lebih meluas berlaku, kata RHB Research dalam nota penyelidikannya pada Isnin.

"Keadaan pasaran buruh berada pada fasa pemulihan dan kami menjangkakan kadar pengangguran akan menurun pada separuh kedua 2021 hingga 4.0 peratus daripada suku pertama pada sekitar 4.8 peratus.

“Aktiviti ekonomi global pula berkemungkinan akan kekal kukuh untuk kembali pulih tahun ini.

"Prospek separuh kedua untuk aktiviti sektor pembuatan dalam fasa pemulihan didorong oleh pemulihan sederhana dalam perbelanjaan pengguna untuk kenderaan, elektronik isi rumah, perbelanjaan secara berterusan untuk bahan asas dan bahan binaan," katanya.

Bagi hartanah kediaman, RHB Research berkata, suku kedua 2021 akan mengalami kemerosotan dengan suku kedua 2021 cenderung ke arah pemulihan yang sederhana ketika prospek pendapatan dan pekerjaan bertambah baik.

Sektor pembinaan pula dengan perbelanjaan modal swasta cenderung berdaya tahan pada sebahagian besar untuk tahun 2021 kecuali suku kedua 2021, firma penyelidikan itu menjankan berlaku pemulihan pantas pada separuh kedua 2021.

"Sektor kelapa sawit yang mengalami masalah isu bekalan tenaga kerja bersama dengan harga niaga hadapan yang terus meningkat, ia berkemungkinan akan mendapat keuntungan daripada kesan harga yang berdaya tahan untuk mengimbangi sebahagian kelemahan dalm output.

"Kami mengunjurkan kegiatan yang berkaitan dengan pelancongan akan terkesan untuk tahun 2021 kerana pintu sempadan antarabangsa dan perjalanan rentas antara negeri sebahagiannya masih ditutup untuk jangka masa yang panjang,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!