Lelaki hilang ketika tangkap ikan di Sungai Segaliud

lelaki hilang

No Image Caption
A
A
A

KINABATANGAN - Seorang lelaki hilang semasa menangkap ikan menaiki bot di Sungai Segaliud, Kota Kinabatangan di sini malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini hari ini, panggilan kecemasan diterima pada 10.59 malam tadi selepas mangsa Mohamad Salim, 61, gagal pulang ke rumah.

Sebaik menerima panggilan kecemasan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menggerakkan anggota ke tempat kejadian iaitu 14 km dari balai.

“Pencarian awal menjumpai bot mangsa dalam keadaan terbalik namun mangsa masih belum dijumpai,” kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan bomba di sepanjang sungai berkenaan bersama penduduk kampung, namun ditangguhkan pada 1 pagi tadi.

Operasi SAR disambung hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: