Banjir, darurat diisytihar di wilayah Canterbury, New Zealand

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki diselamatkan oleh helikopter dari kawasan banjir di Canterbury pada Ahad. - Foto Reuters
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki diselamatkan oleh helikopter dari kawasan banjir di Canterbury pada Ahad. - Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Darurat diisytiharkan di wilayah Canterbury, New Zealand pada Ahad ekoran hujan lebat yang mencetuskan banjir besar dan gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik.

"Kumpulan Pengurusan Kecemasan Pertahanan Awam Canterbury mengisytiharkan darurat di Canterbury kerana hujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya banjir," memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut portal berita Stuff, lebih 4,0000 rumah di bandar Ashburton berisiko dinaiki air dan pihak berkuasa sudah memulakan operasi memindahkan penduduk di kawasan paling teruk terjejas.

Beberapa jalan turut ditutup, kira-kira 300 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik, kata Stuff.

Hujan diramal berterusan hingga Isnin dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: