Lelaki gelang pink pergi kedai dikompaun RM4,000

 Tindakan lelaki berusia 53 tahun itu yang memakai gelang kuarantin disedari orang ramai kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi polis.
Tindakan lelaki berusia 53 tahun itu yang memakai gelang kuarantin disedari orang ramai kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi polis.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah bagi membeli minuman di sebuah kedai di Taman ACBE petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tindakan lelaki berusia 53 tahun itu yang memakai gelang kuarantin disedari orang ramai kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi polis.

"Dia memandu kereta secara sendirian dari rumahnya yang terletak berhampiran kedai runcit namun tidak masuk ke dalam kedai.

"Dia kemudiannya ditahan dan dikompaun RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan ke atasnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Chang Hook berkata, berdasarkan rekod, lelaki terbabit menjalani kuarantin bermula Khamis lalu sehingga 6 Jun ini.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati melanggar perintah kuarantin kerana mereka wajib berada di rumah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: