X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Elak orang politik terajui GLC: Bersih 2.0

Thomas
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 2.0 berpendirian orang politik atau wakil rakyat tanpa mengira parti tidak boleh dilantik di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, ini kerana golongan itu telah dipilih dan dibayar untuk menjadi penggubal undang-undang.

Justeru katanya, tindakan kerajaan melantik ahli politik memegang jawatan di dalam syarikat berkaitan kerajaan tidak sewajarnya berlaku.

“Pendirian Bersih 2.0 jelas, tidak ada wakil rakyat yang dilantik ke jawatan GLC,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Jelasnya, pelantikan orang politik menganggotai atau menerajui GLC dibimbangi akan mempengaruhi syarikat daripada membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad.

Selain itu, syarikat yang diterajui orang politik juga berkemungkinan akan menjadi ‘mangsa kerakusan’ mereka untuk mengaut keuntungan peribadi.

“Perkara itu jelas berlaku apabila banyak kes ahli politik yang menerajui GLC didakwa di mahkamah kerana salah guna kuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Thomas berkata, setiap pelantikan GLC mestilah berdasarkan kebolehan dan prosesnya mesti telus dan dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

“Pelantikan tidak boleh hanya dilakukan oleh Perdana Menteri atau menteri bertanggungjawab sahaja.

“Tindakan ini penting supaya ada ketelusan dan bukannya bersandarkan untuk kerajaan mendapat sokongan semata-mata,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: GLC bukan habuan orang politik

Orang politik didakwa kuasai Mara

‘Hentikan cengkaman orang politik dalam Mara’

Lantikan politik dalam GLC ibarat satu bentuk rasuah

Ahli lembaga pengarah GLC perlu berfungsi selaras dasar syarikat


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!