X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi pejabat kerajaan secara bekerja dari rumah bermula 1 Jun

Infografik pengoperasian pejabat kerajaan dalam tempoh PKP penuh fasa 1.
A
A

SHAH ALAM - Kehadiran bekerja penjawat awam akan dilaksanakan secara penuh menggunakan pendekatan bekerja dari rumah (BDR) berkuat kuasa 1 Jun.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelaksanaan tersebut dengan kaedah BDR secara penuh tidak termasuk perkhidmatan petugas barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

Tambah beliau, perintah tersebut bagi mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

“Semua mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

“Tiada perjumpaan atau aktiviti fizikal dibenarkan dan perkhidmatan kaunter ditutup serta segala urusan adalah melalui perkhidmatan dalam talian kecuali kaunter perkhidmatan, kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, kerajaan mengumumkan sebanyak 17 sektor perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor berkenaan adalah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar; air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusian; pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan.

Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata, namun begitu, kehadiran ke pejabat hanya dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan tidak melebihi 20 peratus.

“Dengan bertujuan pembayaran kontrak, invois dan gaji, pembayaran atau pengagihan bantuan bulanan kepada rakyat.

“Penyelenggaraan premis, pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat dalam talian.

“Penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimum empat jam dan kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi serta pas pekerja,” ujarnya.

Sehubungan itu, pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke masa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan kepada arahan yang dikeluarkan serta sebarang pengecualian perlu mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!