Pelumba Moto3 meninggal dunia

Dupasquier
Dupasquier
A
A
A

PELUMBA Moto3, Jason Dupasquier meninggal dunia selepas pelumba Pruestel GP dari Switzerland berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan serius setelah terlibat dalam kemalangan semasa sesi kelayakan Grand Prix (GP) Itali.

Menurut penganjur MotoGP: "Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier. Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang. Anda akan dirindui Dupasquier," kata kenyataan yang dimuatnaik di Facebook MotoGP pada Ahad.

Artikel Berkaitan: