X

Kindly register in order to view this article
!

Brentford akhiri penantian 74 tahun

Pemain Brentford meraikan kejayaan kembali ke saingan tertinggi liga Inggeris selepas kali terakhir melakukannya pada 1947.
A
A

BRENTFORD kembali semula ke saingan liga tertinggi Inggeris dalam tempoh 74 tahun setelah mengalahkan Swansea City 2-0 dalam aksi Play Off Liga Kejuaraan pada Sabtu.

Skuad kendalian Thomas Frank melengkapkan pengembaraan epik tersebut hasil dua jaringan babak pertama Ivan Toney dan Emiliano Marcondes pada aksi di Wembley itu.

Kini selepas sedekad beraksi di liga bawahan, Brentford bakal menjadi antara kelab kerdil yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Musim kedua di gelanggang baharu Stadium Komuniti Brentford, The Bees bakal menantikan kunjungan gergasi Inggeris seperti Manchester City, Manchester United dan Liverpool ke barat London.

Frank kelahiran Denmark berkata, kejayaan membawa The Bees kembali bersaing ke liga elit merupakan perjalanan yang panjang dan mencabar untuk kelab berkenaan.

“Saya memiliki pemain-pemain yang bersemangat luar biasa apabila semua tampil memainkan peranan masing-masing. Apa pun kami tampil mengharungi setiap perlawanan dengan tenang dan bersedia untuk lebih garang.

“Sekarang kami mahu meraikan kejayaan ini sepuasnya, sebelum kembali memikirkan persiapan mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!