X

Kindly register in order to view this article
!

Jasa, sumbangan Harussani tidak ternilai harganya: PM

Foto - FB Muhyiddin Yassin
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang meninggal dunia hari ini.

Muhyiddin menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, pemergian Allahyarham yang juga Mufti Perak itu merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah, bukan sahaja bagi negeri Perak tetapi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Selain menjadi Mufti Perak, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani oleh seluruh lapisan masyarakat.

Jasa dan sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuang dan mengembangkan syiar Islam adalah tidak ternilai harganya,” kata Perdana Menteri menerusi kenyataan itu.

Beliau turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang dan berharap semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan itu.

“Sama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri untuk memperkasakan Islam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Perdana Menteri.

Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu entri di Facebook memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira 3 petang tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Sebelum ini dilaporkan, Harussani, 82, dan isterinya, Puan Seri Ainon Abdul Ghani sedang mendapatkan rawatan di HRPB, sebelum sambutan Aidilfitri berikutan jangkitan Covid-19.

Isteri Allahyaham telah beransur pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Mei lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak meninggal dunia

Mufti Perak positif Covid-19

Berita tular isteri Mufti Perak meninggal palsu


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!