Al Sultan Abdullah berangkat solat subuh bersama rakyat

Al Sultan Abdullah merakamkan gambar kenangan bersama jemaah yang hadir Solat Subuh Masjid Imam Ash Shafie, Kotasas di sini, hari ini.
Al Sultan Abdullah merakamkan gambar kenangan bersama jemaah yang hadir Solat Subuh Masjid Imam Ash Shafie, Kotasas di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie, Kotasas di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Abdullah ke Masjid turut ditemani sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang hadir kira-kira jam enam pagi disambut penduduk KotaSas yang hadir solat subuh

Dalam pada itu, Al Sultan Abdullah menyertai talaqqi al-Quran bersama jemaah selepas solat subuh di masjid tersebut dan baginda mengambil kesempatan bersalaman dengan penduduk yang hadir.

Selepas Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menunaikan solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie KotaSas yang menjadi rutinnya sebagai kariah di masjid tersebut, baginda kemudiannya berkenan bersarapan di Restoran D'Wafi, Taman Mahkota Putra, di sini yang lazim dilawatinya selepas solat subuh.

Sultan Abdullah beramah mesra bersama rakyat yang sedang bersarapan di Restoran D'Wafi, Taman Mahkota Putra, di sini hari ini.
Sultan Abdullah beramah mesra bersama rakyat yang sedang bersarapan di Restoran D'Wafi, Taman Mahkota Putra, di sini hari ini.

Di restoran itu, Al Sultan Abdullah yang mengenakan jubah berwarna hijau dan berkopiah putih mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan orang ramai dan bertanya khabar.

Sementara itu, Imam Besar 1 Masjid Imam Ash-Shafie, Izalludin Mat Nor, 53, berkata Sultan Abdullah sememangnya merupakan kariah di sini dan sudah menjadi rutin buat baginda menunaikan solat subuh di masjid itu sejak ia dibuka.

“Memang tuanku biasa ke sini solat subuh berjemaah, kadang-kadang bersama Raja Permaisuri Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)...tuanku membaca dua muka surat al Quran selepas itu dan tarawih (pada Ramadan).

Artikel Berkaitan:

“Kami di KotaSas rindu dengan kedatangan Tuanku dan bila dapat tahu Tuanku balik... rasa seronok dan saya sebut kepada tuanku yang kehadirannya menjadi sumber inspirasi kepada penduduk menyebabkan semakin ramai jemaah datang ke masjid untuk solat Subuh,” katanya.