Hina Agong: KDN minta PDRM pantau, ambil tindakan tegas

Hamzah - Foto Bernama
Hamzah - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau sehubungan itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pemilik akaun Facebook Iswardy Morni yang dipercayai mengeluarkan kenyataan mempersenda serta menghina Seri Paduka mengikut Seksen 8 (2) dan Seksyen 11 Akta Hasutan 1948.

“Jabatan Siasatan Jenayah PDRM juga sedang menyiasat individu itu bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Iswardy Morni direman dua hari

Video didakwa hina Agong: Iswardy Morni ditahan polis

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina atau mempersendakan Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Diraja.

“Perbuatan tidak patriotik dan tidak bertanggungjawab itu adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam,” katanya.

Hamzah berkata, KDN meminta pihak PDRM untuk memantau serta mengambil tindakan yang lebih tegas dan pantas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti ini demi memastikan Institusi Diraja, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, satu video yang memaparkan pemilik akaun Iswardy Morni mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong menjadi tular di media sosial. - Bernama