6,999 kes positif Covid-19 hari ini

Kes harian Covid-19 pada Ahad menunjukkan penurunan dengan 6,999 kes direkodkan.
Kes harian Covid-19 pada Ahad menunjukkan penurunan dengan 6,999 kes direkodkan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 merekodkan penurunan dengan 6,999 kes jangkitan dilaporkan pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 565,533.

Beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan peningkatan jangkitan iaitu 2,477 kes.

“Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 616 kes, Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (469) dan Johor (433).

“Selain itu, Kedah mencatatkan 422 kes, Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212) dan Melaka (202).

“Sabah pula mencatatkan 190 kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan 133 kes, Putrajaya 13 kes dan Perlis tujuh kes,” katanya pada sidang akhbar, di sini pada Ahad.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu tersebut sebanyak 6,993 kes tempatan dan enam lagi merupakan kes import.

Sementara itu, tambahnya, seramai 5,121 pesakit telah disahkan pulih daripada Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah kumulatif kes sembuh adalah 484,787 kes iaitu bersamaan dengan 85.7 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Katanya, jumlah kes aktif di negara ini sebanyak 78,017 dan 846 daripadanya diletakkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 419 memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, sebanyak 17 kluster baharu dicatatkan menjadikan jumlah kluster aktif sehingga Ahad sebanyak 635 daripada 2,163 jumlah keseluruhan.

“Terdapat tujuh kluster komuniti, enam kluster di tempat kerja, dua kluster yang melibatkan aktiviti keagamaan serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, 79 kes kematian tersebut melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, Kedah (13), Johor (12), Pulau Pinang (lima) dan masing-masing empat kes di Terengganu dan Melaka.

Seterusnya, masing-masing tiga kes kematian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Seremban, Sabah (dua) dan satu kes bagi Labuan, Perak dan Pahang, katanya.