Pejabat MB Johor nafi tidak jemput Maszlee, Syed Saddiq

Syed Saddiq, Maszlee
Syed Saddiq, Maszlee
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menerima jemputan menyertai sesi perbincangan berkaitan kebajikan rakyat Johor secara maya pada Khamis adalah tidak benar.

Pejabat Menteri Besar Johor menerusi kenyataan pada Ahad memaklumkan, semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor sudah dijemput untuk menyertai sesi perbincangan tersebut yang bermula jam 10 pagi.

Menurut kenyataan itu, surat jemputan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan) ditujukan kepada semua wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang dan tiada seorang pun wakil rakyat yang tecicir daripada senarai jemputan.

"Sesi perbincangan secara maya bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad diadakan bagi menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai isu Covid-19 dengan mengambil semangat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Atas sebab itu, kelancaran perbincangan dijalankan dengan kerahsiaan yang perlu dipatuhi dan ini termasuk tempat diadakan adalah di lokasi yang telah dipilih oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan) berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Lokasi yang dibenarkan dan diselaraskan oleh pegawai daerah adalah di Pejabat Daerah dan pejabat Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah," menurut kenyataan.

Selain itu, capaian yang diguna pakai juga sudah diuji keselamatannya semasa proses 'dry run' diadakan iaitu pada 26 dan pagi 27 Mei ( Rabu dan Khamis).

"Ingin ditegaskan bahawa perbincangan yang diadakan adalah demi kebajikan rakyat Johor dalam mendepani Covid-19 dan kerajaan negeri mengambil serius perkara tersebut dalam pelbagai aspek, sekali gus tidak mengamalkan sikap pilih kasih terhadap pihak tertentu.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama menerusi politik 'cara Johor' ini diharap dapat terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi kemakmuran rakyat dan negeri Johor," menurut kenyataan.

Pada Khamis, Maszlee menerusi muat naik dalam akaun Facabooknya mendakwa tidak dibenarkan mengikuti mesyuarat khas Covid-19 Johor yang dilakukan secara maya.

Sementara Syed Saddiq pula mendakwa tidak menerima sebarang jemputan atau apa-apa maklumat mengenai mesyuarat khas berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee kesal tak dibenarkan sertai mesyuarat wakil rakyat Johor

Syed Saddiq dakwa tak terima jemputan mesyuarat khas wakil rakyat