Zionis roboh serentak dua rumah Palestin

Taysir (tengah) duduk dihadapan sisa runtuhan rumahnya di kawasan kejiranan Beit Hanina, semalam.
Taysir (tengah) duduk dihadapan sisa runtuhan rumahnya di kawasan kejiranan Beit Hanina, semalam.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Beberapa buah jentolak Israel memusnahkan dua rumah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis Timur yang diduduki semalam.

Sumber tempatan berkata, rumah berkenaan kepunyaan Taysir Al-Muhtaseb dan anak lelakinya, Shadi.

Ia didiami 10 ahli keluarga terbabit, termasuk kanak-kanak.

Difahamkan selepas rumah mereka diroboh, keluarga itu diusir keluar dari kawasan tersebut.

Rejim Zionis sering menggunakan alasan pembinaan tanpa permit bagi membolehkannya untuk terus merobohkan kediaman milik rakyat Palestin secara sistematik.

Hampir semua permohonan permit di Kawasan C ditolak pihak berkuasa Israel, memaksa rakyat Palestin membina rumah secara haram. - Agensi

Artikel Berkaitan: