Pesawat Israel dibenar melintas, mana suara Pas, UMNO ?

Shazni Munir
Shazni Munir
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan pendirian Pas dan UMNO apabila kerajaan membenarkan pesawat milik syarikat Israel melintasi ruang udara Malaysia.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengakui lintasan pesawat Israel di ruang udara negara sememangnya dibenarkan pihak kerajaan.

“Kenyataan ini seakan-akan kita tidak boleh langsung menghalang mana-mana pesawat atas nama keanggotaan dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) asalkan tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kenyataan tersebut keluar daripada kerajaan yang suka bermuka-muka.

“Kecaman terhadap Israel sekadar di mulut namun hakikatnya muka-muka inilah yang rapat dan mesra dengan para pelobi normalisasi hubungan dengan Israel.

“Akibat terbiasa bermuka-muka itulah yang akhirnya tanpa rasa bersalah membenarkan pesawat Israel melalui ruang udara negara.

“Kalau pun mahu bersangka baik pesawat Israel tidak mengancam keselamatan negara, tidakkah berwaspada dengan tidak membenarkan itu jauh lebih baik?” soalnya.

Pada Selasa Sinar Harian melaporkan kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
Pada Selasa Sinar Harian melaporkan kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.

Artikel Berkaitan:

Syazni Munir mempersoalkan mengapa Indonesia pada tahun 2017 dengan tegas boleh menghalang pesawat Israel melalui ruang udara mereka dengan beberapa perincian justifikasi sedangkan negara itu juga anggota ICAO.

“Tidakkah Perdana Menteri dan para menteri tahu betapa resahnya rakyat mendapat tahu pesawat Israel dengan senangnya boleh melintas ke ruang udara negara?

“Sedangkan beberapa hari sebelumnya rakyat Malaysia telah memberi sokongan jitu kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat syarikat Israel dapat kelulusan lalu ruang udara Malaysia

Pada 29 Mei, Sinar Harian melaporkan MOT memaklumkan pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melalui ruang udara Malaysia pada Selasa lalu disahkan mendapat kelulusan penerbangan Malaysia.

Menerusi peraturan ICAO juga, MOT berkata, Malaysia akan meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Israel di Singapura bukan untuk mengintip