Imunisasi berkelompok mudahkan warga emas terima vaksin

Kerajaan Persekutuan diseru supaya memperkenalkan kaedah program imunisasi secara berkelompok untuk golongan warga emas khususnya di kawasan luar bandar. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mahathir)
Kerajaan Persekutuan diseru supaya memperkenalkan kaedah program imunisasi secara berkelompok untuk golongan warga emas khususnya di kawasan luar bandar. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mahathir)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan diseru supaya memperkenalkan kaedah program imunisasi secara berkelompok untuk golongan warga emas khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, kaedah imunisasi secara 'turun padang' dan mendekati golongan warga emas dilihat lebih sesuai dengan mengambil kira kekangan yang berkemungkinan dihadapi oleh mereka.

"Faktor seperti masalah pengangkutan, kesihatan yang tidak mengizinkan dan kurang pengetahuan berkenaan vaksin merupakan antara faktor yang menyebabkan kadar pendaftaran vaksin Covid-19 bagi golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dilihat agak perlahan dan kurang mendapat sambutan.

"Langkah ini secara langsung akan mempercepatkan proses vaksinasi kepada kumpulan sasaran ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, selain itu antara langkah yang boleh dilakukan adalah pemberian vaksin secara drive-thru di beberapa kawasan terpencil diseluruh negara.

"Terutamanya di lokasi yang tidak mempunyai akses kepada sistem pengangkutan dengan kepadatan golongan warga emas yang tinggi.

"Usaha ini akan membantu mengurangkan masa menunggu di lokasi pusat agihan utama dengan membawa vaksin berkenaan terus kepada golongan sasar," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan, kerjasama antara pemimpin tempatan seperti ketua kampung dan badan bukan kerajaan (NGO) amat digalakkan.

Artikel Berkaitan:

"Inilah masanya pemimpin tempatan turut bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha membanteras jangkitan Covid-19," katanya.