Maqis rampas 68 tan kayu gergaji dari Kanada

Produk kayu sudah digergaji dirampas Maqis kerana menggunakan permit tamat tempoh di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Jumaat.
Produk kayu sudah digergaji dirampas Maqis kerana menggunakan permit tamat tempoh di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis ) merampas 68 tan produk kayu sudah di gergaji di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini pada Jumaat kerana menggunakan permit tamat tempoh.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pegawai penguasa di PTP kira-kira jam 3.50 petang, menemukan produk kayu dari Kanada itu dalam sebuah kontena.

"Hasil pemeriksan lanjut mendapati produk kayu dianggarkan bernilai RM210,776 itu dibawa masuk menggunakan permit import sudah tamat tempoh.

"Kesemua produk kayu tersebut ditahan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Hizzuan berkata, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sementara bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda maksimum RM150,000 atau dipenjarakan maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: