Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua kontena bawa kayu dari Australia disita

Kayu yang diimport dari Australia dipercayai tanpa permit dirampas Maqis Pulau Pinang pada Jumaat.
Kayu yang diimport dari Australia dipercayai tanpa permit dirampas Maqis Pulau Pinang pada Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kayu jenis Tasmanian Oak Timber dengan menahan dua buah kontena di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Pengarahnya, Noriah Dahlan berkata, dua buah kontena itu ditahan ketika pihaknya menjalankan pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT pada jam 4.30 petang Jumaat.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua kontena itu membawasebanyak 59.16 meter kubik (MTQ) kayu jenis Tasmanian Oak Timber yang dianggarkan bernilai RM361,769.

"Dagangan diimport dari Australia tersebut ditahan kerana gagal mematuhi syarat import dinyatakan pada permit import yang diluluskan Maqis. Kesemua dagangan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kegagalan mematuhi piawaian ditetapkan pada syarat permit import sah adalah kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Maqis Pulau Pinang sebelum itu menahan tiga buah kontena yang membawa kayu jenis Pine Timber sebanyak 83.966 MTQ seberat 5,880 kilogram bernilai RM30,314.

Menurut Noriah, kesemua kayu yang diimport dari China itu ditahan kerana gagal mematuhi syarat import telah dinyatakan pada Permit Import yang diluluskan oleh Maqis.

Artikel Berkaitan: