Real Madrid lamar Alaba secara percuma

Alaba
Alaba
A
A
A

TONGGAK pertahanan Bayern Munich, David Alaba sah menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid selepas menandatangani kontrak selama lima tahun.

“David Alaba kini akan membawa cabaran Real Madrid untuk tempoh lima tahun. Dia akan menyarung jersi Los Blancos selepas berakhirnya saingan Euro 2020,” kata Real menerusi satu kenyataan.

Pengumuman kehadiran pemain berusia 28 tahun secara percuma itu hadir dua hari selepas Zinedine Zidane meletakkan jawatan sebagai pengendali kelab tersebut.

Pada Februari lalu, pertahan serba boleh dari Austria itu mengumumkan bahawa musim ini adalah penampilan terakhirnya di Allianz Arena selepas menyertai Bayern pada 2008.

Artikel Berkaitan: