Polis siasat dakwaan menteri lalu SJR tanpa surat kebenaran

Polis membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri melalui SJR di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri. - Gambar hiasan
Polis membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri melalui SJR di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata, PDRM akan memanggil semua pihak yang berkaitan untuk diambil keterangan, berhubung isu berkenaan.

"Ya, kes ini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sekatan jalan raya itu, jika ada berlaku sebarang kesalahan,” katanya kepada Bernama malam ini.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung dakwaan penahanan seorang menteri di SJR di Perasing. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin nafi ditahan, gosip hubungan usahawan terkenal

Artikel Berkaitan: