Dua pegawai KHM kendali kejohanan antarabangsa

Dari kiri: Ilanggo, Kuganeson
Dari kiri: Ilanggo, Kuganeson
A
A
A

DUA pegawai masing-masing daripada Jawatankuasa Pengadil Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) dan Jawatankuasa Pengadil KHM, diberi kepercayaan berkhidmat pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki dan Wanita 2021.

Dua pegawai tersebut ialah P Kuganeson, yang dilantik sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Afrika Selatan dari 5 hingga 16 Disember.

Sementara K Ilanggo, yang dipilih sebagai pengadil Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki di India, yang dijadual bermula 24 November hingga 5 Disember depan.

Perkembangan itu mendapat perhatian Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan.

“KHM amat berbangga dengan pelantikan dan penghormatan yang telah diberikan kepada Malaysia oleh FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa),” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi KHM, pada Sabtu.

Subahan berharap kedua-dua individu itu akan memberikan yang terbaik, sepanjang kejohanan berlangsung dan mengharumkan nama Malaysia serta KHM. - Bernama

Artikel Berkaitan: