Monyet juga ada perasaan

Perkongsian pemilik Facebook Amin Hazimi Mohd Ali, baru-baru ini telah memberi pesanan masyarakat kepada rakyat di negara ini yang membuatkan netizen terharu.
Perkongsian pemilik Facebook Amin Hazimi Mohd Ali, baru-baru ini telah memberi pesanan masyarakat kepada rakyat di negara ini yang membuatkan netizen terharu.
A
A
A

KERAP berlaku kemalangan yang membabitkan haiwan liar, seorang pemilik Facebook Amin Hazimi Mohd Ali, baru-baru ini telah memberi pesanan masyarakat kepada rakyat di negara ini yang membuatkan netizen terharu.

"Cuma mengingatkan bagi pembonceng motor atau kereta. Kalau lihat dia di tengah jalan, jangan dilanggar bossku. Mereka juga punya anak. Lihatlah walaupun dia kesakitan menahan rasa sakit dia tetap memeluk dan menyusui anaknya.

"Mereka juga perlu mencari makan," tulisnya yang juga merupakan penuntut dari Universiti Al Azhar, Qaherah.

Kongsinya, gambar tersebut milik seorang pemilik Facebook dari Indonesia dan atas rasa kesedaran kerana kerap berlaku kejadian sebegitu di negara ini menyebabkan dia berasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan masyarakat di negara ini dan juga sebagai peringatan pada dirinya sendiri.

Ia telah dikongsi oleh lebih 5,000 pelayar Facebook yang rata-rata turut berasa sedih dengan situasi yang berlaku itu.

"Sedihnya terasa terhiris di jantung, ALLAHHUAKBAR," tulis Zalipah Jaafar.

"Manusia sekarang. Sedangkan sesama manusia pun tidak perikemanusiaan. Anak sendiri pun dibantai. Apatah binatang ini. Memang manusia tak berperikebinatangan. Lihat binatang lebih sayangkan anak," tulis Hasbullah Pronto.

"Kasihannya. Walaupun ia haiwan, kasih sayang kepada anaknya. Apa lagi macam kita manusia di bagi buah fikiran. Kena fikirlah baik buruknya," tulis Abdul Latif.

Artikel Berkaitan:

"Ya ALLAH kenapalah tergamak buat pada haiwan yang tidak bersalah sampai macam ini sekali kesianlah pada haiwan ini.

"Dia pun nak melintas juga, apa-apa pun kita mesti berhati-hati memandulah dengan cermat dan penuh kasih sayang," tulis Noor Hasnin Hawari.

"Saya berpendapat, tiada istilah sengaja langar, kalau boleh kita elak memang elak tapi nama pun monyet kita tengah bawa motor itulah, melintas, sekali lagi bukan sengaja. Gila, nak cari penyakit tapi kalau dengan kereta dia langgar juga itu tidak tahulah nak cakap bukan manusia, itu namanya binatang, apa-apa pun kesian dekat monyet ini, nangis saya. Moga cepat baik ya," tulis Azizi Razali..

"Dia juga punya perasaan. kita manusia ini sahaja yang tidak berhati perut. Kejam, bunuh binatang sana, sini macam dia sahaja yang boleh hidup," tulis Dynaz Adrynaz.