X

Kindly register in order to view this article
!

Melaka catat kluster rentas negeri tertinggi

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan bermula tempoh 1 April 2021 sehingga Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikongsikan di laman Facebooknya, daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan kluster (40 peratus), Terengganu tiga kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang masing-masing dua kluster atau sebanyak 10 peratus.

Kenyataan itu turut memaklumkan, keseluruhan kluster rentas negeri yang dilaporkan adalah sebanyak 51 kluster melibatkan 6,468 kes yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM bermula 7 Disember tahun lalu.

"Ini berikutan kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara pada ketika itu.

"Walau bagaimanapun, larangan ini mula dikuatkuasakan semula sejak 10 Mei 2021 berikutan keadaan pandemik yang semakin meruncing," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, kluster-kluster rentas negeri termasuk yang berpunca daripada kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!