Orang ramai serbu pasar raya

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli barangan keperluan di pasar raya Mydin MITC di sini, pada Sabtu.
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli barangan keperluan di pasar raya Mydin MITC di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Pengumuman pelaksanaan sekatan pergerakan sepenuhnya bermula Selasa ini menyebabkan beberapa pasar raya di Melaka diserbu orang ramai yang mengambil kesempatan membeli barangan keperluan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, beberapa pasar raya utama dikunjungi orang ramai dan mereka sanggup beratur panjang memandangkan kebanyakan pasar raya menetapkan bilangan pelanggan masuk ke dalam bangunan bagi tempoh dua jam.

Malah, di pasar raya Mydin MITC orang ramai beratur sehingga ke luar bangunan untuk menunggu giliran masuk ke dalam pasar raya dan ada antara pelanggan yang menunggu giliran untuk mendapatkan troli.

Bagaimanapun, barisan menunggu bergerak lancar tanpa pelanggan perlu berdiri lama selain pelanggan dibantu kakitangan pasar raya untuk membuat imbasan kod MySejahtera sebelum tiba di pintu masuk bagi mengelak kesesakan di pintu masuk.

Ada kalangan antara pengguna memberikan alasan tidak mahu keluar ke pasar raya berulang kali apabila sekatan pergerakan dilaksanakan.

Bagi Nurbaizura Ilham, 36, berkata, dia yang baharu selesai kerja terus ke pasar raya itu untuk membeli barangan keperluan kerana tidak mahu keluar rumah dalam tempoh sekatan pergerakan selama dua minggu.

"Kebetulan pasar raya berdekatan dengan tempat kerja jadi saya ke sini, walaupun beratur panjang tapi tidaklah tunggu terlalu lama sebelum dibenarkan masuk.

"Cuma bukanlah panik, tapi kita beli apa yang perlu dan kebetulan orang ramai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan seramai 600 sehingga 800 pelanggan sahaja dibenarkan masuk untuk membeli-belah pada satu-satu masa di pasar raya itu selain dipercayai orang ramai telah mula beratur di hadapan pasar raya tersebut seawal jam 7.30 pagi.