Panjat menara telekomunikasi tanda protes nama tiada dalam daftar pemilih

Lelaki berkenaan memanjat menara telekomunikasi di Budwel.
Lelaki berkenaan memanjat menara telekomunikasi di Budwel.
A
A
A

HYDERABAD - INDIA. Seorang lelaki di negeri Telangana membahayakan keselamatan dirinya apabila memanjat sebuah menara telekomunikasi sebagai tanda protes, selepas mendakwa namanya hilang daripada senarai daftar pemilih menjelang pilihan raya di Lok Sabha.

Polis berkata, kejadian berlaku di daerah Rajendranagar semalam.

Lelaki terbabit dikenal pasti sebagai Sharavan Kumar dari perkampungan Kismatpur.

"Polis menerima laporan seorang lelaki memanjat menara telekomunikasi di kawasan Budwel.

"Anggota yang tiba dilokasi kejadian berjaya memujuk lelaki terbabit supaya turun dan tiada kejadian buruk berlaku," kata jurucakap polis Rajendranagar, G Suresh.

Sementara itu, keluarga Sharavan berkata lelaki tersebut mengalami masalah gangguan mental dan perlu mendapatkan rawatan perubatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: