Maqis rampas 35 tan makanan haiwan

Antara makanan haiwan tanpa permit yang dirampas Maqis pada Rabu lalu.
Antara makanan haiwan tanpa permit yang dirampas Maqis pada Rabu lalu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas sebuah lori yang sarat membawa 35 tan makanan haiwan pada Rabu lalu kerana tidak mematuhi syarat import dengan tidak mempamerkan label pada pembungkusan.

Rampasan itu dilakukan oleh Maqis Kelantan menerusi operasi yang dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini pada jam 11 pagi.

Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At berkata, pihaknya mendapati barang dagangan berkenaan tidak mematuhi syarat import Maqis sebagaimana yang dinyatakan seperti permit, lesen dan perakuan.

"Rampasan tersebut membabitkan nilai berjumlah RM70,000," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Roslan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Katanya, dalam pemeriksaan berasingan, pihaknya telah merampas 210 kilogram (kg) serai yang bernilai RM600 di lokasi sama.

Artikel Berkaitan:

Maqis Kelantan rampas sebuah lori yang sarat membawa 35 tan makanan haiwan tanpa permit pada Rabu lalu.
Maqis Kelantan rampas sebuah lori yang sarat membawa 35 tan makanan haiwan tanpa permit pada Rabu lalu.

"Pemeriksaan mendapati bahan mentah ini diseludup masuk secara haram dari Thailand tanpa permit yang sah daripada Maqis," katanya.

Jelas beliau, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

"Maqis Kelantan sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara ini bagi memastikan haiwan, karkas ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikroorganisma yang masuk mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.