Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meramalkan terdapat kemungkinan angka jumlah kes Covid-19 boleh mencecah angka 13,000 kes menjelang 14 Jun mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.

Berdasarkan trend tersebut, kadar kebolehjangkitan negara pada Sabtu sehingga 14 Jun tahun ini dijangka meningkat daripada 1.15 kepada 1.2 berikutan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Pecahan R-naught (Rt) mengikut negeri iaitu antara negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi adalah Melaka (1.32), Sabah (1.31), Negeri Sembilan (1.30), Putrajaya (1.24), Kedah (1.21), Pahang (1.21), Terengganu (1.18), Kelantan (1.18).

Selain itu, Rt di negeri lain ialah Perak (1.16), Johor (1.15), Kuala Lumpur (1.13), Selangor (1.12), Pulau Pinang (1.09), Sarawak (1.07) manakala Pelis terdapat lapan kes yang direkodkan serta Labuan enam kes.

Pada Jumaat, krisis Covid-19 semakin buruk apabila KKM melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan hari ini.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

Artikel Berkaitan: