Kesihatan rakyat nombor satu, baru ekonomi

Sektor penjagaan kesihatan negara juga dikatakan semakin tenat berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19. Gambar kecil: Muhammed Abdul Khalid
Sektor penjagaan kesihatan negara juga dikatakan semakin tenat berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19. Gambar kecil: Muhammed Abdul Khalid
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya memberi keutamaan kesihatan rakyat dengan mengurus pandemik Covid-19 berbanding sektor ekonomi.

Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan wajar kerana kesihatan rakyat jauh lebih kritikal pada masa kini.

"Pada situasi sekarang, selesaikan masalah kesihatan dulu, selepas itu baru kita cakap pasal ekonomi. Kerajaan tidak boleh menguruskan kedua-duanya secara serentak.

“Kawal penularan Covid-19 dan tambah baik mekanisme pemberian vaksin. Itu yang patut diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program bertajuk, Apa Khabar Mak Cik Kiah menerusi Twitter Space yang dikendalikan oleh Fikri Fisal pada Rabu.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau secara peribadi mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan, namun kesan penutupan tersebut terhadap ekonomi amat besar.

Menurutnya, kerajaan memutuskan untuk tidak melaksana total lockdown seperti PKP 1.0 ketika ini kerana ia akan menjejas kehidupan rakyat, dan lebih ramai yang hilang pekerjaan.

Bagaimanapun, kata Muhammed menambah, jika kerajaan mahu menguruskan kedua-duanya maka berlakulah kejadian seperti hari ini.

Artikel Berkaitan:

“Apa jadi kalau kita buat dua-dua ini sekali?

“Dua-dua tidak selesai selepas setahun berlalu. Krisis kesihatan tidak selesai dan orang makin miskin,” tegasnya.

Muhammed menegaskan, pada masa ini adalah penting kerajaan memberi bantuan kepada rakyat seperti wang tunai dan melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik.

“Inilah masanya memberi bantuan. Tidak ada duit, pinjamlah. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat.

“Bukan susah nak pinjam, buka Parlimen. Anda boleh meminjam untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata, duit di tangan rakyat adalah baik untuk ekonomi.

“Dia akan berbelanja di kedai Mak cik Kiah. Mak xik Kiah dapat untung, pembekalnya mendapat untung, mereka membayar cukai, menggaji orang dan ekonomi berkembang,” jelasnya.