Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Tentera Israel. Gambar fail.
Tentera Israel. Gambar fail.
A
A
A

RAMALLAH - Seorang remaja Palestin maut ditembak dan puluhan yang lain cedera ketika penunjuk perasaan bertempur dengan tentera Israel di Tebing Barat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Palestin, remaja itu maut akibat ditembak di dada dalam kejadian di kampung Beita, di Nablus.

Saksi kejadian berkata, pertempuran tercetus di beberapa kawasan di Tebing Barat, puluhan cedera akibat gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah.

Sejak enam minggu kebelakangan ini, 30 rakyat Palestin terbunuh manakala ratusan cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di beberapa bandar dan kampung di Tebing Barat, kata kementerian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: