Premis dikompaun, gagal sedia QR Kod MySejahtera

Polis membuat pemeriksaan di sebuah premis sebelum kompaun dikeluarkan.
Polis membuat pemeriksaan di sebuah premis sebelum kompaun dikeluarkan.
A
A
A

JEMPOL - Dua peniaga di Pekan Rompin dikompaun RM10,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu menyediakan QR Kod MySejahtera di premis masing-masing.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kompaun itu dikeluarkan pasukan petugas khas yang membuat pemantauan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kita dapati premis peniaga berusia 61 dan 68 tahun itu didapati tidak menyediakan QR Kod MySejahtera. Buku daftar masuk juga tidak ditulis dengan lengkap oleh orang ramai yang masuk ke premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, polis memandang serius kegagalan peniaga atau pemilik premis menyediakan buku daftar masuk dan QR Code MySejahtera berikutan ia sudah lama diwajibkan.

Selain itu katanya, dua lelaki berusia 19 tahun dan 57 tahun pula dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka manakala seorang lelaki berusia 61 tahun tidak mengimbas QR Kod di MySejahtera.

Artikel Berkaitan: