X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas ditemui mati, mayat dimakan kucing

Gambar hiasan
A
A

MISTERI bau busuk di sebuah pangsapuri terjawab apabila polis Sepanyol menemui mayat seorang wanita warga emas yang sudah reput pada Isnin.

Menurut laporan akhbar El Mundo, wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Clara Ines Tobon, 79, dari Madrid.

Lebih menyedihkan apabila sebahagian mayatnya didapati telah dimakan oleh kucing miliknya.

Hanya dua daripada lima kucing miliknya masih hidup ketika pihak berkuasa memeriksa kediaman mangsa.

Wanita berkenaan yang berasal dari Colombia dikatakan tidak pernah berkahwin dan menetap di pangsapuri berkenaan sendirian.

Menurut jiran, mereka sering terhidu bau kurang menyenangkan dari rumah wanita berkenaan disebabkan jumlah kucing yang dipelihara warga emas itu.

Namun mereka berasa pelik apabila terhidu bau yang disifatkan sebagai "sangat kuat".

Rekod hospital menunjukkan wanita berkenaan mengalami sindrom Diogenes yang sering dihidapi warga emas yang tinggal sendirian.

Laporan bedah siasat menunjukkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat sakit tua sekurang-kurangnya sebulan sebelum mayatnya ditemui.

Dia dilaporkan tidak keluar dari rumah sejak jatuh sakit tahun lepas dan beberapa jiran percaya dia telah dijangkiti virus Covid-19.- Awani

Bedah siasat yang dijalankan ke atas kucing miliknya mendapati haiwan berkenaan mati akibat kebuluran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!