Di antara dua ‘pemimpin’

Khairy Jamaluddin, Tajuddin Abdul Rahman
Khairy Jamaluddin, Tajuddin Abdul Rahman
A
A
A

AWANG tengok video yang tular, seorang wanita Cina melepas geram di pusat vaksinasi di hadapan Khairy Jamaluddin (KJ).

Wanita itu memang biadab. Tapi KJ tetap cool kata orang sekarang. Tenang. Pada saat krisis baru kita nampak kualiti pemimpin sebenar. Awang tabik hormat pada KJ.

Apabila pendaftaran untuk AstraZeneca dibuka pada Rabu lalu, Awang percaya ratusan ribu yang cuba masuk MySejahtera. Kelam kabut jadinya. Sistem haru biru. Marahlah netizen kerana apa yang berlaku.

Sepatutnya Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dah jangka trafik yang berat. Maknanya sistem yang dibangunkan itu gagal tampung pendaftaran mendadak yang banyak.

Sekali lagi KJ mohon maaf kerana kesilapan itu. Sekali lagi Awang tabik hormat pada dia.

Bandingkan pula dengan mantan Pengerusi Prasarana ekoran kemalangan dua tren LRT. Dia anggap semuanya macam jenaka. 200 orang yang terlibat dan 47 orang cedera parah macam cerita dongeng di Pasir Salak.

Awang puji tindakan melucutkan jawatannya serta-merta oleh Menteri Kewangan. Rakyat sokong penuh.

Daripada awal rakyat dah suarakan bantahan terhadap pelantikan beliau ke jawatan itu. Tapi mungkin Tan Sri Perdana Menteri mahukan sokongan warlord UMNO sepertinya.

Artikel Berkaitan: